24 Sept 2010 (Jumaat) bersamaan 15 syawal 1431h telah berlangsung majlis sambutan malam mesra aidilfitri peringkat institusi Penjara Tawau di perkarangan perumahaan kakitangan Taman Ehsan Penjara Tawau. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan dihadiri hampir seluruh warga penjara Tawau dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Tawau, PKP Ajidin B. Hj. Salleh. Di antara acara yang diadakan pada malam itu adalah pertandingan pakaian beragam bagi anak-anak kakitangan, cabutan tiket bertuah dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan Penjara Tawau. |