Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kakitangan Penjara Seberang Perai telah berlangsung pada 05 Oktober 2010 ( Selasa) bersamaan 26 Syawal 1431H bertempat di, Dewan Kakitangan Penjara Seberang Perai. Sambutan majlis Aidilfitri berlangsung dalam suasana yang meriah dengan pelbagai hidangan juadah hari raya yang dinikmati oleh para tetamu di majlis tersebut. Majlis juga turut diserikan lagi dengan acara seperti pertandingan gerai tercantik, cabutan bertuah, pertandingan pakaian tercantik, persembahan oleh wakil blok perumahan dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan pesara-pesara Jabatan Penjara. |