Selasa 5 Oktober 2010 - Bahagian Pemulihan & Rawatan, Penjara Kluang Johor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Kluang Tahun 2010. Majlis telah bertempat di Dataran Insaf, Sekolah Integriti Kluang. Majlis telah diserikan dengan pelbagai persembahan hiburan antaranya sketsa hari raya, hiburan akustik, nyanyian hari raya, puisi sempena hari raya dan tarian kebudayaan. Penolong Kanan Komisioner Roslan Bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Kluang telah sudi hadir bagi menyerikan majlis. |