Pada 07 Oktober 2010 (Khamis) bersamaan 28 Syawal 1431H, bertempat di Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Malam Mesra Aidilfitri. Majlis turut dihadiri oleh Yang Setia Tuan Anathurai a/l Kalimuthu Pengarah Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Yang Berhormat Dato' Siow Chin Pin ADUN Kawasan Chennah Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Jelebu, Para jemputan dan semua warga Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Bertempat di Dewan Serbagunaan institusi, sambutan majlis Malam Mesra Aidilfitri berlangsung dalam suasana yang meriah dengan pelbagai hidangan juadah dapat dinikmati oleh para tetamu di majlis tersebut. Pengisian majlis juga turut diserikan lagi dengan acara seperti persembahan Kumpulan Keys dari Sekolah Henry Gurney, cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan. |