Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kakitangan Sekolah Henry Gurney Melaka telah diadakan pada 8 Oktober 2010/ Jumaat bersamaan 29 Syawal 1431H. Y.Bhg KPj Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Komisioner Penjara (Pengurusan) telah sudi melapangkan masa bersama warga SHG Telok Mas sebagai tetamu kehormat dalam majlis tersebut. Walaupun berada di hujung Syawal namun kemeriahan amat dirasai dengan kehadiran lebih 300 ahli keluarga kakitangan serta lebih 50 orang tetamu yang di undang dengan menikmati pelbagai juadah yang disediakan disetiap gerai.Turut hadir ialah En Ahmat Mat Zin, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PKP Ariffin bin Mohd Noor, Pengarah Kepenjaraan dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka serta pesara-pesara Jabatan yang pernah bertugas di Sekolah Henry Gurney Melaka. Majlis dimeriahkan dengan acara pertandingan gerai tercantik, cabutan bertuah, pemberian duit raya dan kemuncaknya pertandingan akhir nyanyian lagu-lagu raya. Majlis di akhiri dengan penyampaian sumbangan dari Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang disampaikan oleh Y.Bhg KPj Dato' Haji Hassan bin Sakimon kepada SP(B) Mahfar bin Nik Mat yang hilang penglihatan sejak lebih enam tahun lalu. |