| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Mesra Parol Negeri Pulau Pinang

Khamis, 7 Oktober 2010-Majlis yang berlangsung di perkarangan Parol Barat Daya Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh TKPj Tuan Abdul Aziz bin Muhamad Pengarah Parol, Jabatan Penjara Malaysia. dan diiringi oleh Pengarah Parol Negeri Pulau Pinang iaitu Yang Setia Tuan.

PP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Parol Pulau Pinang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis turut mengundang seramai lebih kurang 300 tetamu hadir yang terdiri daripada semua kakitangan Parol Negeri Pulau Pinang, Orang Diparol dan keluarga, pihak swasta, Agensi kerajaan seperti Polis, AADK dan Badan-badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan perlaksanaan Sistem Parol di Pulau Pinang. Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Helmi bin Hj. Yahya, Adun Teluk Bahang, Naib Pengerusi Penang Development Centre (PDC) Dato' Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai dan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.

Majlis Jalinan Mesra ini disifatkan sebagai telah berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan iaitu mengeratkan lagi jalinan silaturahim di antara individu, agensi dan syarikat yang bersama-sama terlibat di dalam menjayakan pelaksanaan Sistem Parol di Malaysia.