Bersempena dengan lawatan kerja Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Hj. Omar ke Penjara Sungai Buloh, Selangor pada 14 Oktober 2010 lalu, beliau telah meluangkan masa mengadakan lawatan ihsan menziarah empat orang bekas kakitangan Penjara Sungai Buloh yang telah bersara dan sedang uzur yang menetap di sekitar kawasan Sungai Buloh. Antaranya ialah Penguasa Penjara Amir bin Hj. Nawawi serta isteri dan Koperal Ramli bin Daud yang mengidap penyakit diabetes. Dalam lawatan tersebut juga, Y. Bhg. Datuk Wira telah sudi menyampaikan cek kepada pesara-pesara berkenaan yang disumbangkan oleh Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara (KWHPP) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Sungai Buloh bagi membantu meringankan beban mereka sekeluarga dalam menjalani kehidupan seharian. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengerusi PERSIAP, Y. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini binti Hj. Man, Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKPj. Narender Singh Chand Singh, pegawai-pegawai kanan serta ahli-ahli PERSIAP penjara berkenaan. |