Penjara Taiping, Perak telah diberi mandat untuk mengelolakan Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2010 daripada 15 hingga 17 Oktober 2010 di Dewan Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh. Kejohanan ini telah disertai oleh 17 pasukan dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Sementara bagi acara regu pula disertai oleh 34 regu. Pasukan Sabah telah menjadi Johan bagi acara berpasukan setelah mengalahkan pasukan Johor B dengan keputusan 2-0. Pasukan Sabah juga telah menjadi johan dan naib johan dalam acara regu. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah dilakukan oleh TKPj Darussalam Bin Hj Budin Pengarah Bahagian Pemulihan dan Rawatan pada 17 Oktober 2010 di Dewan Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh. |