| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Malam Genta Puisi 2010 Peringkat Penghuni Penjara

Pada 22 Oktober 2010 bertempat di Padang Bolasepak Penjara Kajang telah berlangsung Program Malam Genta Puisi peringkat penghuni penjara. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, Kumpulan Karangkraf serta Kelab SAHABAT Penjara sempena Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 5 Oktober 2010. Majlis telah dihadiri oleh Y. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y. Bhg. Dato Hj. Termuzi bin Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka serta pegawai-pegawai dari beberapa agensi terlibat.

Di antara objektif penganjuran program julung kali ini adalah bertujuan membantu memperbaiki penguasaan bahasa penghuni di samping itu program ini diharap dapat mencungkil bakat penghuni penjara di dalam penciptaan puisi, lagu puisi, sajak dan mendeklamasi sajak. Sebanyak 91 sajak dan 8 puisi dan lagu telah dihasilkan oleh penghuni penjara sepanjang bengkel yang diadakan selama 2 minggu. Hasilnya 5 buah sajak, 5 buah puisi, 5 buah lagu puisi dan 5 deklamator telah dipilih untuk ke pertandingan akhir. Manakala lagu puisi telah dipersembahkan oleh kakitangan jabatan serta penghuni penjara dengan diiringi oleh Kombo dari Sekolah Henry Gurney, Telok Mas..

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan selingan oleh komposer terkenal Siso Kopratasa, M.Sani (penghuni penjara) dan sketsa dari penghuni Penjara Kajang. Pertandingan ini telah diadili oleh juri professional dari Dewan Bahasa dan Pustaka serta pengiat lagu puisi tanahair.

Keputusan Penuh Malam Genta Puisi 2010

Kategori Penciptaan Lagu Puisi Dan Lirik Puisi

Pencipta : Mohd Huzairi Bin Zainal
Penulis : Ramfaizal Bin Ramli
Institusi : Penjara Kajang
Tajuk Puisi : 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Budaya

Pencipta : Shah Afeendi Bin Abu Kassim
Penulis : Norwahiduzaman Bin Abd Waham
Institusi : Penjara Kajang
Tajuk Puisi : Ceritera

Pencipta : Shah Afeendi Bin Abu Kassim
Penulis : Norwahiduzaman Bin Abd Waham
Institusi : Penjara Kajang
Tajuk Puisi : Kebangkitan

Kategori Penciptaan Sajak

Pencipta : Mohd Syafaee Bin Samak
Institusi : Penjara Kluang
Tajuk Sajak : Kota Bahasa

Pencipta : Mohamad Taufik Bin Shakib
Institusi : Penjara Kluang
Tajuk Sajak : Mahkota Kebangsaan

Pencipta : Wan Zulfadli Bin Wan Hassan
Institusi : Penjara Kluang
Tajuk Sajak : Tiba Waktu

Kategori Deklamator

Deklamator : Nor Azlina Binti Nor Ahmad
Institusi : Penjara Wanita Kajang
Tajuk : Cempera Bintang (Hussain Bin Harun)

Deklamator : Muhamad Hakim Bin Awang Aziz
Institusi : Sekolah Henry Gurney
Tajuk : Kota Bahasa (Mohd Syafaee Bin Samak)

Deklamator : Mohd Yusof Bin Othman
Institusi : Penjara Sg. Petani
Tajuk : Tiba Waktu (Wan Zulfadli Bin Wan Hassan)