| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Y. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Penjara Bentong Pahang.

28 Oktober 2010 ( Khamis ), Y. Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah membuat lawatan ke Penjara Bentong, Pahang. Ketibaan beliau disambut oleh TKPj Mohd Sakeri bin Hj Dollah, Pengarah, Penjara Bentong. Pada sebelah pagi Y. Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perasmian Kompleks Penjara Bentong di Bilik Mesyuarat Dewan Serbaguna Penjara Bentong. Lawatan kerja tersebut adalah bagi meninjau dan melihat lokasi perasmian dan persiapan yang dijalankan serta operasi Penjara Bentong. Y.Bhg KJP Datuk Wira telah berkesempatan melawat Blok Banduan Akhir dan Bengkel Tenun. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah TKPj Wan Abd. Rahman b. Abdullah, Pengarah Vokasional & Industri dan PKP Ariffin b. Md Noor, Pengarah Kepenjaraan.