21 Oktober 2010 jam 10.00 pagi, Bahagian Pemulihan Institusi PPA Simpang Renggam, Johor dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam (KK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan satu ceramah bertajuk ?Konsep Aqidah Dalam Islam? kepada semua tahanan beragama Islam. Majlis dimulakan dengan nyanyian kumpulan nasyid dari tahanan POPOC. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (KK) KDN, Putrajaya iaitu Ustaz Mohd Ansarullah b. Mohd Hashim. Objektif program ceramah tersebut adalah untuk menyampaikan pengertian aqidah dan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi masyarakat Islam supaya mengikut ajaran mereka terutama yang cetek agama. Definasi aqidah mengikut bahasa bererti ikatan atau simpulan manakala dalam hukum syarak bererti janji yang kuat di antara manusia dengan Allah S.W.T. Matlamat aqidah iaitu mengesakan Allah S.W.T, memimpin dan memandu manusia. Di samping itu juga, sesi soal jawab diadakan berkaitan aqidah telah dikemukakan oleh tahanan bagi menjawab kemusykilan seterusnya dapat memperbaiki mutu aqidah bagi setiap tahanan di Pusat ini. |