Penjara Taiping-1 November 2010, Sambutan Hari Penjara Peringkat Institusi dimulakan dengan perhimpunan pagi. Penguasa Penjara Taiping Tuan Yew Gim Hong telah membaca perutusan Yang Berbahagia Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia sempena Hari Penjara 2010. Didalam majlis tersebut telah diadakan penyampaian pingat-pingat kepada kakitangan pelbagai pangkat serta kakitangan awam. Jumlah penerima pingat adalah seperti berikut :-
Pada majlis yang sama turut diadakan majlis pemakaian pangkat Inspektor Penjara kepada IP Nik Mohd Habil b. Nik Leh dan penyampaian saguhati Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara kepada anggota yang berjasa kepada jabatan. Pada sebelah petang kakitangan mengambil bahagian di dalam aktiviti gotong royong membersihkan kediaman kuarters kakitangan. Pada 2 November 2010, institusi telah menganjurkan program derma darah yang telah disertai seramai (53) orang kakitangan. |