Sambutan Hari Jabatan Penjara 2010 peringkat Penjara Alor Setar telah diadakan pada 01 November 2010 yang disempurnakan oleh PP Bahdun bin Salleh, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar. Majlis sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Teras Kejayaan diikuti dengan bacaan doa serta ikrar jabatan. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan teks ucapan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.B. Dato' Lee Chee Leong oleh PP Bahdun bin Salleh. Seterusnya, beliau telah menyampaikan pangkat, pingat-pingat, sijil penghargaan dan sijil Amalan 5S. Aturcara diteruskan lagi dengan Ceramah Integriti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), program Derma Darah dan pada sebelah petang acara sukaneka telah diadakan untuk kakitangan. |