Sambutan Hari Jabatan Penjara 2010 Peringkat Institusi Penjara Tapah, Perak telah diadakan pada 1 November 2010 (Isnin), majlis tersebut telah di sempurnakan oleh PKP Aminon Bin Adnan,Timbalan Pengarah Penjara Tapah, Perak. Majlis sambutan dimulakan pada jam 08.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Kualiti Teras Kejayaan dan Bakti Setia diikuti dengan bacaan doa dan Ikrar Jabatan. Majlis diteruskan dengan bacaan teks ucapan Timbalan Menteri Dalam Negeri , Y.B Dato' Lee Chee Leong oleh PKP Aminon Bin Adnan. Seterusnya majlis penganugerah pingat telah disempurnakan oleh PKP Aminon Bin Adnan Timbalan Pengarah Penjara Tapah. Seramai 56 kakitangan Penjara Tapah telah menerima pingat iaitu
Setelah selesai majlis penyampaian Pingat Anugerah dan Sijil, susun atur acara diteruskan dengan pembakaran artikel larangan serta ceramah kesedaran dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia( SPRM). Pada Sebelah petang pula telah diadakan majlis gotong - royong yang dihadiri oleh PKP Aminon Bin Adnan dan kakitangan pelbagai pangkat. |