Pada 15 November 2010, Pihak pengurusan dan seluruh kakitangan Penjara Tawau amat berbesar hati menerima kunjungan Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli B. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia sempena lawatan kerja dan pemantauan projek di Penjara Tawau . Lawatan kerja tersebut juga turut disertai oleh Pengarah Pembangunan dan Perolehan. Turut menyambut dan mengiringi program lawatan ini ialah Pengarah Penjara Penjara Negeri Sabah, Pengarah Penjara Tawau serta pegawai kanan Penjara Tawau. |