| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak

Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri telah berlangsung di Tebingan BGS, Petra Jaya Kuching, Sarawak pada 20 hingga 21 November 2010. Program ini dibuka seawal 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Semua jabatan di bawah KDN telah menyertai dan mengambil bahagian dalam pameran tersebut termasuk Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak yang tidak melepaskan peluang untuk menyalurkan info jabatan. Hari bertemu pelanggan Kementerian Dalam Negeri adalah mengendalikan aktiviti seperti pameran, menerima dan menyelesaikan aduan pelanggan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan kuiz dan sebagainya.

Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Y.B Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein. Sejurus selepas Majlis Perasmian, Y.B Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein serta tetamu kehormat berkunjung ke pusat pameran. Kumpulan koir Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak telah dijemput untuk membuat persembahan lagu Negaraku dan Satu Malaysia yang terdiri daripada 20 orang anggota pelbagai pangkat. Antara pengisian lain, jabatan juga telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada beberapa pertubuhan NGO dan agensi kerajaan yang telah memberikan sumbangan dalam program pemulihan penghuni kepada Prison Fellowship Malaysia, Gereja St. Joseph, Kuching, Gereja St Augustine, Betong dan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan. Sambutan daripada masyarakat sekitar Kuching, Sarawak amat menggalakkan bagi mendapat maklumat terkini serta perkhidmatan yang diperlukan. Kebanyakan pengunjung mengambil peluang ini untuk mengenali jabatan dan agensi di bawak KDN dengan lebih dekat lagi.