17 dan 18 November 2010, Majlis solat sunat Hari Raya Aidiladha Kakitangan Kompleks Penjara Seberang Perai telah berlangsung pada 17hb November 2010 di Masjid As-Sakinah. Manakala Majlis Ibadah korban Sempena Hari Raya Aidiladha telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh semangat muhibah dikalangan seluruh kakitangan Penjara Seberang Perai. Majlis ibadah Korban melibatkan penyembelihan 4 ekor lembu dan daging lembu tersebut diagihkan kepada kakitangan penjara serta penduduk berdekatan dengan Penjara. Manakala, daging yang lebihnya di masak untuk dihidangkan kepada semua kakitangan penjara. Selain itu, turut hadir PKK Ab. Basir bin Mohamad Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai bersama PP Amer@Amir bin Hj. Haron, Timbalan Pengarah. |