27 November 2010 bersamaan 20 Zulhijjah 1431-Penjara Pulau Pinang telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah sempena Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Penempatan Dan Kebajikan Orang Tahanan Bil 11/2010 yang diwakili oleh ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Dato' Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan)Kementerian Dalam Negeri. Yg. Bhg. Dato telah merima tabik hormat daripada anggota kawalan suku Penjara Pulau Pinang semasa menghadiri mesyuarat tersebut. |