| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis SIRIM-INDUSTRI 2010 di Sunway Resort Hotel & SPA

Majlis SIRIM-Industri 2010 telah diadakan pada malam 19 November 2010 (Jumaat ) bertempat di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel & SPA, Petaling Jaya Selangor. Bertemakan Pengkayaan Masyarakat Melalui Kualiti dan Inovasi Teknologi (Societal Enrichment Through Quality & Technology Innovation), majlis diadakan untuk meraikan agensi-agensi kerajaan, industri-industri dan juga syarikat-syarikat yang telah berjaya memperoleh pengiktirafan untuk skim pensijilan barangan dan skim pensijilan pengurusan kualiti yang ditawarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Antara skim-skim pensijilan yang dikeluarkan pada tempoh setahun lepas termasuklah skim-skim berkaitan kelestarian dan alam sekitar seperti Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management System Certification Scheme) (MS ISO 14001:2004), Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Perhutanan (Forest Management Certification Scheme), Skim Pelabelan Eko SIRIM (SIRIM Criteria Eco Labeling) dan Skim Pensijilan Chain of Custody (COC).

Skim-skim lain termasuklah Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System Certification Scheme) (MS ISO 9001:2000) & (MS ISO 9001:2008) Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Occupational Health and Safety Management System) (OHSAS 18001:2007) & (MS 1722 PART 1 :2005) dan Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Untuk Sektor Automotif (Quality Management System for Automotive Sector Certification Scheme) (ISO/TS 16949:2002

Pada Malam tersebut tiga Institusi Penjara telah hadir bagi menerima Sijil "QUALITY MANAGEMENT SYSTEM CERTIFICATION SCHEME" complying to " MS ISO 9001:2008 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS-REQUIREMENTS" bagi tahun 2010, iaitu Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam diterima oleh Timbalan Komisioner Penjara Tuan Haji Wahab bin Haji Kassim Pengarah Penjara Simpang Renggam, Pusat Pemulihan Akhlak Machang diwakili oleh Timbalan Penguasa Penjara Malek Radzuan bin Omar dan Pusat Tahanan Kemunting diwakili Timbalan Penguasa Penjara Mohd Marzuki bin Ibrahim.

Majlis bermula pada jam 8.15 malam dengan ketibaan YBhg Datuk Hajah Jamaliah Kamis, pengerusi SIRIM Berhad dengan diikuti bacaan doa oleh salah seorang wakil urusetia daripada SIRIM Berhad.

Majlis berikutnya telah dirasmikan oleh Pengerusi SIRIM Berhad, YBhg. Datuk Hjh. Jamaliah Kamis yang menyatakan adalah satu perkembangan yang agak membanggakan dapat dilihat pada masa ini di kalangan syarikat dan industri tempatan dimana kesedaran tentang kepentingan melaksanakan sistem pengurusan dan pensijilan kepada perniagaan masing-masing. Pada kali ini juga, terdapat peningkatan jumlah organisasi yang menerima skim pensijilan berkaitan kelestarian dan alam sekitar yang juga menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan pensijilan berkenaan semakin diutamakan oleh syarikat di Malaysia.

Pada jam 8.45 malam jamuan makan malam disajikan dengan menu masakan cina dengan acara persembahan dan penyampaian sijil pengiktirafan dijalankan secara beselang seli..

Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan hiburan terakhir daripada sebelum kesemua tetamu kehormat dan jemputan bersurai kembali ke destinasi masing-masing. Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam.