Pada 24 November 2010 jam 10.00 pagi, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menerima lawatan kerja daripada PUSPEN Kampung Selamat AADK Pulau Pinang, yang di ketuai oleh Encik Wan Hilmi b. Wan Abdul Rahman selaku Timbalan Komandan PUSPEN Kampung Selamat AADK. Lawatan tersebut telah disambut oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama PP Amer@Amir bin Hj. Haron, Timbalan Pengarah dan TPP Jamaludin bin Awang kechik. Taklimat pengenalan penjara Seberang Perai disampaikan oleh Inspektor Mohd Faszili bin Mohd Nayan. Antara objektif lawatan ialah mengeratkan hubungan kerja dan sillaturrahim serta mendapatkan ilmu berkaitan sistem keselamatan yang dijalankan oleh jabatan penjara khususnya di Kompleks Penjara Seberang Perai. |