Bertempat di Bilik Taklimat Penjara Taiping, Perak, telah dilaksanakan Kursus Plan Pembangunan Insan Modul Seksual Siri 1/2010. Kursus diadakan selama (4) hari bermula dari tarikh 13 hingga 16 Disember 2010. Kursus tersebut dianjurkan oleh Unit Pemulihan Penjara Taiping manakala peserta kursus terdiri daripada fasilitator Plan Pembangunan Insan Fasa I, Fasa II, fasilitator Halaqah, Therapeutic Community, Pembantu Guru Agama, kakitangan yang bertugas di blok dan beberapa unit lain. Objektif kursus antara lain ialah memberi pengetahuan mengenai Modul Seksual selaras dengan Pengkategorian Penjara Taiping yang dikhususkan penempatan banduan bagi kesalahan seksual. Objektif kedua ialah memberi pendedadahan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan tatacara sebenar mengendali masalah mengikut aspek kaunseling, mengenali banduan yang bermasalah dalam blok dan sebagainya. Selain itu, dengan kursus ini juga diharapkan peserta kursus memahami peranan jabatan dalam mengurangkan indeks jenayah serta mengurangkan kemasukan banduan residivis,selari dengan sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Penutupan kursus diadakan pada 16 Disember2010 dengan majlis penyampaian sijil dan perasmian disempurnakan oleh Pengarah Penjara Taiping, YS PKK Tan Tian Heng. |