Falsafah pelaksanaan Program 'We-Care', mendekatkan Jabatan Penjara dengan masyarakat di samping membantu masyarakat setempat yang memerlukan dengan kerja-kerja sosial. Selain untuk mengintegrasikan kembali banduan ke pangkuan masyarakat, menanam rasa keinsafan, kesedaran dan tanggungjawab di kalangan banduan yang bakal dibebaskan, program seumpama ini diharap akan dapat mengatasi sosial stigma di kalangan masyarakat terhadap banduan yang dibebaskan dari penjara. Suatu Program 'We-Care',gotong?royong membersihkan kawasan Tanah perkuburan Islam , Jalan Awang Ramli Amit dan Masjid Lama Sibu, Sarawak telah diadakan pada 21 Disember 2010 (Selasa) bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Program tersebut telah diadakan bersama-sama kakitangan daripada beberapa agensi kerajaan lain seperti Pejabat Residen dan Daerah, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pertahanan Awam, RELA dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan masyarakat setempat yang telah dirasmikan oleh wakil kepada Y.B. Dato?Awang Bemee Bin Awang Ali Basah, ADUN Nangka N49 Sibu iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Sibu,Tuan Haji Hamden Bin Merais. Dalam intipati ucapan beliau menyatakan program ?We Care? yang diadakan ini merupakan usaha yang sangat baik dianjurkan oleh pihak jabatan Penjara kerana ia adalah sesuatu aktiviti yang mendatangkan banyak manfaat di samping merapatkan hubungan silaturahim di antara kakitangan kerajaan bersama masyarakat tempatan. Beliau seterusnya memberi harapan agar program yang dianjurkan ini dapat diteruskan di masa akan datang. Majlis tersebut disertai lebih kurang 150 orang iaitu seramai 50 orang kakitangan Penjara pelbagai peringkat kakitangan yang diketuai oleh TPP Tajudin Bin Tungal, (9) orang banduan sedang menjalani parol di bawah seliaan Pegawai Parol Daerah Sibu, (30) Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Nur, Sibu dan (5) orang kakitangan daripada setiap agensi kerajaan yang dijemput termasuk penduduk-penduduk kampung yang berdekatan. |