Bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah dilaksanakan Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemasaran Strategik. Kursus telah diadakan 2 hari iaitu pada 22 dan 23hb Disember 2010. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh Bahgian Vokasional & Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan dikendalikan oleh Nordant Management Sdn Bhd. Kursus ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang mewakili 27 Institusi. Turut mengikuti kursus ini ialah TKPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Pengarah Bahagian Vokasional & Industri, IPPM. Objektif utama kursus ini adalah memberikan pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Institusi mengenai perancangan pemasaran produk berkualiti serta kaedah penilaian prestasi kewangan yang strategik. Selain itu, dengan kursus ini juga diharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam meningkatkan lagi pemasaran produk-produk penjara seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi Jabatan Penjara Malaysia. Penutupan kursus telah diadakan pada 23hb Disember 2010 dimana majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Komisioner Penjara Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ). |