Penjara Tawau : 23 Disember 2010 Pihak pengurusan dan seluruh kakitangan Penjara Tawau amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli b. Omar dan isteri Y. Bhg Datin Wira Hajjah Noraini binti Hj. Man merangkap Pengerusi PERSIAP Malaysiasempena majlis perjumpaan dan penyampaian sumbangan kepada mangsa dan keluarga mangsa kemalangan bas Penjara Tawau yang telah diadakan bertempat di Dewan Wawasan Taman Ehsan, Penjara Tawau. Sumbangan diterima daripada pelbagai pihak seperti Parti Rakyat Sabah, Prison Fellowship Sabah, Koperasi Penjara Malaysia, PERSIAP Penjara Malaysia, Persatuan Pegawai Penjara (POA), Derma Khairat Kebajikan Penjara Malaysia, Kelab Sukan dan Rekreasi Penjara Penjara Tawau dan sumbangan daripada kutipan Tabung Derma Kilat daripada seluruh institusi Penjara Malaysia. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan juga disampaikan kepada YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang turut memberi sumbangan peribadi beliau kepada mangsa yang terlibat. Majlis juga berbesar hati dan merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran Tan Sri Liew Yun Fah daripada Parti Rakyat Sabah, Pn. Kamariah Binti Mohd Noah, Pengarah Pembangunan dan Perolehan, PKK Mohd Sabri b. Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan isteri, wakil daripada Persatuan Prison Fellowship, pihak media, dan lain-lain jabatan dan agensi yang bersama-sama hadir pada majlis tersebut. |