| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan KDYTM Tengku Puan Pahang Ke Penjara Penor

Penjara Penor sekali lagi telah menerima kunjungan Diraja KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt Almutawakilâ??alallah Sultan Iskandar Al Haj pada 2 Mac lalu untuk melihat perkembangan penghasilan produk Tenun Pahang Diraja di Bengkel Tenun Penjara Penor, Kuantan. Pahang.

KDYTM Tengku Puan Pahang tiba di perkarangan Kompleks Penjara Penor pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Pengarah Penjara Penor, PKP Jamil Razif bin Kassim bersama pegawai-pegawai kanan dan seterusnya mengiringi KDYTM Tengku Puan Pahang ke Bengkel Tenun Penjara Penor. Setibanya di sana, Tengku Puan Pahang meninjau perkembangan pembuatan kain tenun dan melihat produk kain tenun yang telah berjaya dihasilkan oleh penghuni.
Baginda bertitah amat berpuashati dengan hasil kerja tenunan yang dilakukan oleh penghuni dan mencadangkan supaya pertandingan tenunan peringkat Negeri Pahang turut di sertai oleh penghuni disini. Turut serta mengiringi baginda adalah Ahli-Ahli Lembaga Tenun Pahang Diraja dan Ahli Persatuan Pandu Puteri Antarabangsa.
Di akhir kunjungan, Tengku Puan Pahang bersantap di Wisma Penor dan berangkat pulang pada jam 12.30 tengahari.