| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program "Info Kesihatan Dan Rawatan Percuma Serta Perubatan Mercy Malaysia" Anjuran Bahagian (KK) KDN di PPA Batu Gajah,Perak

Pada 28 Februari 2009, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah mengadakan Program "Info Kesihatan Dan Rawatan Percuma Serta Perubatan MERCY Malaysia" anjuran Bahagian (KK) Kementerian Dalam Negeri bertempat di Dewan B institusi ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datoâ?? Zaiton binti Ab Samad, Setiausaha Bahagian (KK) KDN pada jam 9.00 pagi. Antara yang terlibat di dalam program yang dijalankan ini terdiri daripada 6 orang pegawai Kementerian Dalam Negeri, 8 orang Pegawai MERCY berserta 60 orang tahanan yang terpilih untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pelbagai informasi kesihatan disamping mendedahkan maklumat mengenai tanda-tanda awal penyakit berjangkit yang sering dihidapi oleh tahanan melalui ceramah serta perkhidmatan rawatan dan perubatan kepada tahanan secara percuma.

Antara faedah-faedah yang diperolehi daripada program ini adalah sepertimana berikut :-

i. Memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai kawalan penyakit berjangkit dan kebersihan diri serta mengamalkan cara hidup sihat kepada tahanan.

ii. Memberikan rawatan secara percuma kepada tahanan yang terpilih.

iii. Memberikan faedah kepada institusi kerana dibekalkan dengan ubat-ubatan yang berkualiti bagi kegunaan tahanan.

iv. Dapat dijadikan sebagai sebahagian daripada program pemulihan yang dilaksanakan kepada tahanan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga institusi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak.

v. Menjalinkan kerjasama erat diantara Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memberikan khidmat kebajikan dan pemulihan kepada tahanan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar hasil dari komitmen dari semua pihak. Adalah diharapkan agar program seperti dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha membantu penghuni-penghuni penjara dari segi aspek kesihatan dan juga pemulihan.