Sabtu, 07 Mac 2009 - Seramai lebih kurang 60 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik, Kapit mengikuti program â??Mesej Dari Penjaraâ?. Program yang mengambil masa selama 2 jam itu bermula 2083hrs sehingga 2230hrs dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Daerah Kapit. Objektif program tersebut adalah bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan perjalanan dan liku-liku hidup seorang penghuni. Selain daripada itu, program ini juga dapat membuka minda masyarakat luar berkenaan dengan peranan atau fungsi Jabatan Penjara Malaysia dalam sistem keadilan jenayah. Diharap melalui program seumpama ini, dapat membantu dalam mengurangkan peningkatan indek jenayah terutamanya di kalangan golongan belia. Program tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah pendedahan perkenaan dengan peranan insititusi penjara. Bahagian ini, disampaikan sendiri oleh pengarah Penjara Pusat Sibu, Rini B. Tupong. Bahagian kedua pula adalah berkenaan dengan program-program pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Bahagian ini telah disampaikan oleh Inspektor Patrick Anak Nuga, Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sibu. Bahagian ketiga pula telah disampaikan oleh KIP Paiman B. Amin iaitu berkenaan dengan pelaksanaan hukuman dan peluang kerjaya di Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu program Mesej Dari Penjara ini juga sebelum ini, turut diadakah di dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu pada 20.02.2009 di Pusat Latihan Khidmat Negara Junaco Park, Sibu dan 04.03.2009 di Pusat Latihan Khidmat Negara Bumimas Sibu.
|