| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan 2009

YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mencetuskan idea supaya diadakan Program Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan 2009. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) telah dilantik sebagai Sekretariat Induk Peringkat Kebangsaan untuk melaksanakan program tersebut selama sebulan bermula pada Bulan Februari hingga Mac 2009.

Pihak YADIM telah melantik Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kluster Keselamatan dan Perundangan. KDN sebagai penyelaras Kluster Keselamatan Dan Perundangan telah mengarahkan Jabatan-Jabatan di bawah kementerian melaksanakan program-program berbentuk keagamaan bagi mengisi sambutan Bulan Dakwah tersebut.

Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan dua program bagi menyahut seruan kerajaan tersebut. Program-program tersebut adalah;

1. Forum Perdana Ehwal Islam
  Tempat : Penjara Seremban
  Tarikh : 27 Februari 2009
  Masa : 9.00 mlm
  Tajuk : â??Keselamatan Menjamin Keharmonian Ummahâ??
  Perasmi: YS. KPj. Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood
  Ahli :
  • Datuk Prof Hj. Abdul Halim bin Sidek
    ( Institut Penyelidikan Pembangunan Belia )
  • Dr. Zulkifli bin Muhammad AlBakry
    ( USIM )
  • Dr. Siti Zubaidah binti Ismail
    (UM)
  Modereter: Uztaz Wan Jaafar bin Wan Ahmad (JAKIM)
  Seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, sektor swasta dan para pelajar sekolah telah mengikuti forum ini.
1
2
3
4
 
 
2. Seminar Pemantapan Perundangan Islam
  Tempat: Dewan persidangan Masjid Penjara Kajang
  Tarikh: 5 Mac 2009
  Masa: 8.00 pg â?? 5.00 ptg
  Tajuk: â??Keselamatan Menjamin Keharmonian Ummahâ??
  Perasmi: Y.Bhg. KJP Datuk Mustafa bin Osman
  Tajuk 1: Keselamatan Dari Sudut Pandangan Islam (En. Suzalie binti Mohd.) (IKIM)
  Tajuk 2: Keselamatan Di Tempat Kerja (Puan Siti Badariah binti Abu Bakar) (NIOSH)
Tajuk 3: Sistem Perundangan Islam dan Konvensional (Prof. Datoâ?? Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. A. Majid) (U.M)
  Seramai 300 peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penjara telah menghadiri seminar ini.
1
3
4