Penjara Seremban telah melaksanakan Forum Perdana Ehwal Islam pada 27 Februari bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban. Forum yang bertemakan Keselamatan Menjamin Keharmonian Ummah diadakan besempena Bulan Dakwah peringkat Kementerian Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia. Forum tersebut telah dirasmikan oleh Komisioner Penjara (Pengurusan) Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood. Seramai Empat orang ahli panel telah diundang iaitu Datuk Profesor Hj. Abdul Halim bin Sidek dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia, Dr. Zulkifli bin Muhammad Albakry dari Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Siti Zubaidah binti Ismail dari Universiti Malaya dan Ustaz Wan Jaafar bin Wan Ahmad dari Jabatan agama Islam Malaysia selaku Pengerusi barisan panel bagi Forum Perdana tersebut. Susun atur Forum Perdana tersebut dimulakan persembahan Kumpulan Nasyid Nawarastu, bacaan doa dan ucapan Perasmian oleh Komisioner Penjara (Pengurusan) Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood. Forum tersebut dihadiri seramai kira-kira 1500 orang jemputan yang terdiri dari Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan, Institusi Penjara berhampiran dan pelajar-pelajar sekolah di kawasan daerah Seremban
|