9 Mac 2009 - Kontijen Penjara Melaka yang di anggotai seramai 100 peserta telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka.
Dalam sambutan kali ini, ianya membabitkan 142 kontijen dari pelbagai agensi, jabatan, persatuan dan institusi pengajian dalam Negeri Melaka yang dianggarkan hampir 6,000 orang menyertai perarakan yang diadakan dari Stadium Hang Tuah menuju ke Masjid Al-Azim.
|