Selasa, 31 Mac 2009 - Penjara Pusat Miri telah mengadakan ceramah motivasi bertajuk "Kearah Keseronokan Bekerja" bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Pusat Miri, ceramah motivasi tersebut telah disampaikan oleh penceramah motivasi jemputan iaitu Dr. Shafie B. Hj Lugom. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor dan berasal dari Debak, Sri Aman. Ceramah motivasi tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Pusat Miri iaitu PP Bismillah Bin Abang Masra, TPP Bolkiah Bin Srah, pegawai - pegawai kanan, pegawai-pagawai lain pangkat, kakitangan awam serta ahli keluarga. Ceramah tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Seramai lebih kurang 70 orang yang hadir dalam ceramah tersebut. Okjektif ceramah tersebut diadakan adalah untuk membantu kakitangan penjara sebagai penjawat awam dalam menjalan tugas seharian dipenjara seterusnya memberi rangsangan untuk lebih berjaya dan bersemangat kental.
|