25 April 2009, (Sabtu) Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Bekas Pegawai-Pegawai Penjara Sarawak berikutan (AGM) EXPOAM yang di adakan di IPPNS. Seramai 89 orang bekas pegawai yang di ketuai oleh Presiden EXPOAM Encik Peter Ahed telah mengikuti mesyuarat dan lawatan tersebut yang disambut mesra oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak PKK Mohd. Zawawi Bin Ab. Rahim serta kakitangan IPPNS selaras dengan seruan kerajaan yang mengutamakan pelanggan yang berkunjung ke pentadbiran sektor awam. Majlis AGM EXPOAM berkenaan juga menjadi aktiviti tahunan IPPNS dan kerjasama yang sedia terjalin antara IPPNS dan EXPOAM Sarawak sentiasa diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti, antaranya majlis kunjungan muhibbah, sambutan-sambutan perayaan dan keagamaan. |