| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Jahit Kepada Banduan Penjara Pengkalan Chepa Oleh Kelab Isteri Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kelantan

Pada 1 April 2009, satu majlis "Penyerahan Sumbangan Mesin Jahit" oleh Kelab Isteri Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kelantan kepada banduan D 963/03 HL, Obaidil Arif bin Othman telah diadakan. Majlis tersebut diadakan diperkarangan pintu utama Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan yang mana telah disempurnakan oleh Yang berbahagia Datin Hajah Rapiah bt Mat Zin, iaitu isteri kepada Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis tersebut Penguasa Penjara, Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Sumbangan tersebut bertujuan untuk memberikan sokongan, dorongan serta semangat kepada penghuni untuk menjalani kehidupan harian yang lebih baik apabila tamat menjalani hukuman dipenjara kelak. Majlis berkenaan disaksikan oleh penghuni-penghuni lain yang pastinya sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kepada para banduan untuk terus mempelajari pelbagai jenis kemahiran yang sediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Sumbangan seperti ini merupakan salah satu daripada sokongan serta komitmen yang ditunjukkan oleh masyarakat luar bagi sama-sama membantu Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan program pemulihan untuk penghuni penjara. Yang Berbahagia Datin Hajah Rapiah serta wakil-wakil Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kelantan turut dibawa melawat Galeri Produk Penjara bagi melihat hasil produk yang dihasilkan oleh banduan setelah tamat majlis berkenaan.