Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Malaysia Zon Utara 2009 telah di anjurkan oleh Penjara Pulau Pinang bermula 6 Mei 2009 hingga 8 Mei 2009 bertempat di Hotel Gurney, Pulau Pinang.Konyensyen ini di sertai oleh (8) Intitusi terdiri daripada Penjara Pulau Pinang,Penjara Alor Star ,Penjara Pokok Sena, Penjara Sungai Petani,Penjara Taiping , KEMTA ,Marang dan Pengkalan Chepa. Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Malaysia Zon Utara 2009 telah di rasmikan oleh Y.S Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Ab. Basir bin Mohamad Pengarah Penjara Pulau Pinang. Seterusnya persembahan 8 pasukan yang di adili oleh Juri berpengalaman terdiri Ketua Juri Tuan Hj Mohd Adzhar bin Ahmad (Pengurus Besar SIRIM Zon Utara) Pn Habibah binti Samsuddin ( INTAN ) En S. Sivasina (MPC). Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah di Sempurnakan pada 8 Mei 2009 oleh Timbalan Komisioner Penjara Tuan Tang Ah Yong Pengarah Keselamatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Penjara Pulau Pinang telah menjadi Johan di dalam Pertandingan ini dan di ikuti naib Johan oleh Penjara Taiping serta Tempat Ketiga oleh Penjara Pokok Sena.
|