| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Jalinan Kasih Yang Diadakan Di Penjara Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan

Program Jalinan Kasih bagi penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu sempena Hari Ibu telah diadakan pada 12 Mei 2009 bertempat di hadapan pejabat rekod Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan, masa perjumpaan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 14.30 ptg.

Seramai 11 keluarga telah dikenal pasti yang layak untuk mengikuti Program Jalinan Kasih. Atas sebab yang tertentu, hanya 6 keluarga yang hadir mengikuti Program Jalinan Kasih ini. Program ini dijalankan supaya memberi peluang kepada banduan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dengan penuh kasih sayang. Program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan dengan penuh kemeriahan. Turut sama memeriahkan lagi Program Jalinan Kasih pada hari tersebut adalah dengan kehadiran Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PP Yew Gim Hong.