Pada 27 hingga 29 Mei 2009 Unit Latihan Institusi (ULIN) Penjara Pulau Pinang telah mengadakan Kursus Pengurusan Stress (Stress Management) bertempat di Markas Staff Stesen, Kem Batu Feringghi, Pulau Pinang.
Seramai 39 anggota pelbagai pangkat terlibat dalam kursus tersebut. Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi maklumat kepada peserta kursus tentang Apakah Stress, Fahami Stress, Mengenali Punca Stress dan Cara - Cara Menangani Stress. Ceramah "Stress" telah disampaikan oleh Penguasa Penjara Adinaraina a/l Subramaniam dari Akademi Koreksional Malaysia dan En. Oli Gunalan a/l Manikam dari Kementerian Kesihatan Pulau Pinang.
OBJEKTIF KURSUS PENGURUSAN STRESS :- -Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi. -Melahirkan kakitangan yang berdisiplin dan berilmu bagi mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi. -Pembentukan nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif. -Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added) di dalam pengurusan kepenjaraan. -Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya