| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tamat Latihan Orientasi Fasa 1 Tahanan POPOC Siri 1/2009

Khamis, 28 Mei 2009 - Program tamat latihan Orientasi fasa 1 ini telah dijalankan di padang kawad RundingCara POPOC pada 28.05.2009. Seramai (27) orang tahanan POPOC telah berjaya menjalani program orientasi dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi.
Program ini telah disempurnakan oleh TKPj Jamaludin Bin Saad. Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Simpang Renggam, PP Azman Bin Mohd Ali, Ketua Bahagian Keselamatan Penjara Simpang Renggam, PP Che Kob Bin Mohd Noor serta pegawai - pegawai kanan dan kakitangan Penjara Simpang Renggam yang terlibat.

Objektif program ini diadakan adalah :

  • Memberi penghargaan kepada tahanan yang telah berjaya menjalani program Orientasi fasa 1 diatas komitmen dan disiplin yang telah ditunjukkan.
  • Memberi suntikan semangat kepada para tahanan yang menjalani program Orientasi supaya mengikuti semua aktiviti yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh.
  • Memberi kesedaran kepada para tahanan betapa pentingnya program pemulihan kepada mereka dan menunjukkan kesungguhan Jabatan untuk membantu memulihkan mereka.
  • Membina semula keterampilan diri dan sikap berdisiplin dalam diri para tahanan dan semangat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Program ini telah dijalankan dengan lancar dan telah memberi kesan yang positif kepada tahanan yang terlibat. Dalam program ini juga banyak nasihat dan tunjuk ajar yang telah disampaikan oleh Yang Setia Pengarah kepada para tahanan supaya mereka lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan memperbaiki kelemahan diri mereka.