| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pemilihan Anggota Bagi Kursus Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia

Bertujuan menambah jumlah anggota TTC yang sedia ada pada masa kini iaitu 20 anggota. Pihak pengurusan telah merancang bagi menambah bilangan anggota tersebut seramai 30 anggota melalui satu ujian pemilihan awal yang akan diadakan di Maktab Penjara Malaysia pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Hanya anggota yang melepasi ujian kelayakan sahaja yang akan diterima untuk menyertai kursus khas ini di Kem Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta oleh 69 Komando PDRM. Tempoh masa pemilihan awal adalah selama dua (2) hari. Syaratâ??syarat pemilihan awal dan ujian kelayakan adalah seperti di para 2 dan para 3.

Tarikh dan tempat pemilihan adalah seperti berikut :
1.1.1 Zon Sabah â?? 27 dan 28 Julai 2009 di Penjara Kota Kinabalu.
1.1.2 Zon Sarawak â?? 30 dan 31 Julai 2009 di Penjara Miri.

Syarat Kelayakan :
2.1 Berumur 35 tahun ke bawah.
2.2 Bujang.
2.3 Telah disahkan dalam perkhidmatan.
2.4 Tiada tindakan tatatertib.
2.5 Mempunyai tahap kesihatan yang baik (tiada kecacatan).
2.6 Terbuka kepada kakitangan Jabatan Penjara (beruniform)


Ujian Kelayakan :
3.1 Larian 3.2 KM (Pakaian PT Komando)- 18 Minit.
3.2 Mendagu - 7 kali.
3.3 Sit Up - 25 kali (1 minit).
3.4 Push Up - 25 kali (1 minit).
3.5 Fire Man Lift - 100 meter.
3.6 Berenang Bebas - 100 meter.
3.7 Menyelam - 15 meter.
3.8 Terjun - 10 meter
3.9 Mengapong - 5 minit.
3.10 Panjat Tali - 6 meter.
3.11 Ujian Kemahiran Menembak.
3.12 Ujian Kelayakan Bertulis.


Pertanyaan / Rujukan.
Bagi anggota jabatan yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti di atas adalah digalakkan memohon bagi menceburi kursus ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan KIP Yusli bin Yusof (TTC) di talian pejabat 03-87394800 ext. 3448 @ 013-9303866 atau KIP Philip Anak Pangkat di talian 03-87328015 @ 019-8446654.