| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Hari Bapa 2009 Anjuran Bahagian Pemulihan Penjara/PPA Simpang Renggam

Sempena Sambutan Hari Bapa, Bahagian Pemulihan Penjara/PPA Simpang Renggam, Johor telah mengadakan satu program berkonsepkan "perjumpaan terbuka" untuk penghuni iaitu Program Sambutan Hari Bapa. Program tersebut telah diadakan pada 27 Jun 2009 (Sabtu) bertempat dihadapan Pejabat Rekod Tahanan Simpang Rengam. Program tersebut berlangsung dengan penuh syahdu dan pilu.

Pada awal pemilihan seramai 35 keluarga penghuni telah dihubungi untuk program tersebut dan hanya 23 keluarga yang dihubungi menyatakan dapat hadir tetapi pada hari tersebut hanya seramai 21 keluarga penghuni (21 Tahanan) yang hadir untuk perjumpaan tersebut. Manakala seramai lebih kurang 112 orang ahli keluarga hadir memeriahkan program tersebut.
1


Program Sambutan Hari Bapa bermula pada jam 9.00 pagi , di mana keluarga yang hadir membuat pendaftaran ditempat Pendaftaran Perjumpaan seterusnya keluarga dibawa ke tempat program diiringi anggota Unit Keselamatan dan Pencegahan Penjara (UKP). Keluarga dan penghuni terlibat telah dijamu juadah "Nasi Impit, Rendang Ayam, kuih-muih, Bihun Goreng dan minuman teh o" yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

Pengarah Penjara Simpang Renggam, TKPj. Jamaludin b. Saad turut hadir memeriahkan lagi Program Jalinan Kasih pada kali ini. Program tersebut juga turut dihadiri oleh PKP Nik Mohamad Faidza b. Nik Jaafar, PP Che Kob Bin Mohd Nor, PP Azman b. Mohd. Ali, TPP Hj. Zainal b. Yusof, Pegawai-pegawai Kanan dan Kaunselor serta anggota Unit Pemulihan Tahanan/Banduan Penjara/PPA Simpang Renggam, Johor.

Program tersebut berakhir pada jam 11.55 pagi di mana dapat disaksikan kalangan tahanan dan banduan berpelukan dengan ahli keluarga seakan-akan tidak mahu berpisah. Keluarga terlibat diiringi oleh anggota UKP bertugas keluar dari tempat program menuju ke Pintu Besar Penjara setelah program selesai.