| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tamat Latihan Orientasi ADB Fasa 1 Siri 1/2009

Khamis, 28 Mei 2009 - Program tamat latihan Orientasi fasa 1 ini telah dijalankan di padang kawad RundingCara ADB pada 17.06.2009. Seramai (30) orang tahanan ADB telah berjaya menjalani program orientasi dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi.

Program ini telah disempurnakan oleh PKP Nik Mohamad Faidza bin Nik Jaafar. Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Simpang Renggam, PP Azman Bin Mohd Ali serta pegawai - pegawai kanan dan kakitangan Penjara Simpang Renggam yang terlibat.

Objektif program ini diadakan adalah :

  • sumbangan dan penghargaan kepada tahanan yang telah berjaya menjalani program Orientasi fasa 1 diatas kerjasama dan disiplin diri yang ditunjukkan.
  • Memberi galakan dan suntikan semangat kepada para tahanan dalam mengikuti semua program-program yang dianjurkan dalam Pelan Pembangunan Insan.
  • Memupuk kesedaran kepada para tahanan tentang kepentingan program-program yang dijalankan dalam Unit pemulihan dan kesungguhan Jabatan dalam melaksanakannya.
  • Membentuk semula keterampilan diri dan sikap jati diri para tahanan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
  • Program ini telah dijalankan dengan lancar dan telah memberi kesan yang positif kepada tahanan yang terlibat. Dalam program ini juga banyak nasihat dan tunjuk ajar yang telah disampaikan oleh Yang Setia Pengarah kepada para tahanan supaya mereka lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan memperbaiki kelemahan diri mereka.