| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Nur Sejahtera 2009 Anjuran LPPKN Negeri Pahang

Pada 29 Julai 2009 , Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) Negeri Pahang dengan kerjasama PERSIAP Penjara Bentong dan AADK Daerah Bentong telah mengadakan Program Nur Sejahtera 2009 dengan tema " Utamakan Keluarga " bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Bentong, Pahang. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Antara aturcara program ini ialah Senamrobik , Pemeriksaan Kesihatan ( BMI ) , Pap Smear, Pendaftaran Subsidi Ujian Mamogram. Disamping itu 3 sesi ceramah juga telah diadakan iaitu " Senario Penyalahgunaan Dadah Semasa " disampaikan oleh Tuan Mohd Hadith Kamaruddin dari AADK Daerah Bentong manakala ceramah bertajuk " Kaedah-Kaedah Merancang Keluarga " dan " Kanser Payudara dan Pangkal Rahim " telah di sampaikan oleh Dr. Radziah Abdul Rashid - Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Karak.

Objektif utama program pada umumnya adalah untuk menyampaikan perkhidmatan perancang keluarga dan kesihatan reproduktif kepada kumpulan sasar. Objektif khusus pula adalah merangkumi :

  • Mengenalpasti golongan wanita dalam umur reproduktif yang berisiko dan " unmet needs " .
  • Menyampaikan maklumat yang tepat mengenai perancangan keluarga dan kesihatan reproduktif.
  • Meningkatkan bilangan wanita kumpulan sasar yang mengamalkan perancangan keluarga.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan reproduktif lain yang bersesuaian.
  • Mendaftar wanita untuk subsidi mamogram.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli PERSIAP. Seramai lebih kurang 150 orang ahli-ahli PERSIAP serta AJK PERSIAP Penjara Bentong hadir dan mengambil bahagian dalam program ini . Turut serta dalam program ini ialah Pengarah LPPKN Negeri Pahang , Cik Rohaini Ahmad serta Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong, Puan Noriza Mohamad.