Bangi, 31 Julai 2009 - Persatuan Isteri-Isteri, Anak Dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) telah mengadakan Majlis Sekalung Budi khusus bagi meraikan Y. Bhg. Datin Salasiah bt. Hj. Sidek di Grand Ballroom, Hotel Equatorial, Bangi. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Y. Bhg. Datuk Mustafa bin Osman dan pegawai-pegawai kanan jabatan selain dari Pengerusi dan ahli PERSIAP cawangan-cawangan. Semasa majlis tersebut, para jemputan telah diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Hjh. Rahmas bt. Abdullah dari Penjara Johor Bharu dan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Rubiah bt. K. Hamzah bertajuk 'Keluarga Sejahtera Menjana Modal Insan Cemerlang'.
|