Pada 28 Ogos 2009 bertempat di Penjara Seremban Negeri Sembilan, Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa. Majlis ini turut dihadiri olehY. Bhg. Dato' Hj. Zulkifli bin Omar Komisioner Jeneral Penjara dan Y.Bhg. Datin Hajah Noraini bte Man. Turut hadir ialah YS.Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood Komisioner Penjara (Operasi) , Y. Bhg. Dato' Hj. Hassan bin Sakimon Komisioner Penjara( Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Ketua Institusi Penjara Zon Tengah serta kakitangan Penjara Zon Tengah. Acara penyampaian sumbangan kepada Ibu Tunggal dan Anak Yatim oleh Y.Bhg. Dato' Hj.Zulkifli bin Omar dan Y. Bhg. Datin turut diadakan pada majlis tersebut. |