| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Pertandingan Acara Kawad Kaki Penghuni Penjara Sempena Sambutan Program Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-52

Pada 20 Ogos 2009 telah diadakan pertandingan kawad kaki sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia kali ke 52. Terdapat 5 kumpulan yang menyertai program ini yang melibatkan 83 orang penghuni penjara. Tema program adalah "PEMENJARAAN BUKAN PENAMAT KEPADA PENDIDIKAN". Objektif pertandingan adalah untuk mempertingkatkan disiplin di kalangan penghuni agar patuh pada peraturan, menjalinkan hubungan di antara penghuni agar hidup secara sihat dari aspek mental dan fizikal dengan aktiviti gerak badan yang bersistematik. Program ini juga untuk mewujudkan kesedaran terhadap kemerdekaan yang telah dicapai dan seterusnya mengekalkan keharmonian di samping menyemai semangat kecintaan pada negara.

Program ini telah dirasmikan oleh Penguasa Penjara Hj. Zainuddin bin Zakaria dan diiringi oleh Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan TPP Tuan Mohd Suhairi bin Awang. Ketua-ketua platun juga turut hadir. Pertandingan ini diadili oleh juri yang di lantik dari kalangan kakitangan dalam mesyuarat khas pertandingan kawad. Ia diketuai oleh Sub Inspektor Madzir bin Raman. Juri-juri yang lain adalah beberapa orang pegawai penjara dari Unit Latihan, Pemulihan dan Rawatan dan Blok Sabitan. Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah oleh Penguasa Penjara, Tuan Hj Zainuddin bin Zakaria. Johan dimenangi oleh pasukan dari Blok Sabitan. Jurulatih pasukan tersebut adalah WP 8476 Ahmad Sabri bin Hussin. Naib johan dimenangi oleh pasukan dari Blok Harmoni 1 sementara tempat ke 3 adalah pasukan Blok Gemilang. Hadiah saguhati diberikan kepada Blok Cemerlang dan Blok Harmoni 2. Hadiah merupakan barangan bernilai RM 300 kepada johan, RM 200 naib johan dan RM 100 tempat ke 3 sementara RM 50 kepada saguhati. Program berakhir pada jam 11.30 pagi dengan ucapan penutupan dari Penguasa Penjara, Tuan Hj. Zainudin bin Zakaria.