Pada 29 hb September 2009, satu Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (SMPP) Siri 1 / 2009 telah berlangsung di Padang Kawat Maktab Penjara Malaysia, Kajang Selangor. Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh seramai 1500 tetamu termasuk keluarga pelatih dan VIP . Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop (Timbalan Menteri Dalam Negeri) ini, turut menyaksikan kejayaan seramai 208 pelatih pegawai kanan. Mereka terdiri daripada 17 pegawai berpangkat Timbalan Penguasa Penjara dan 191 pegawai berpangkat Inspektor Penjara. Dalam ucapan Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri ada mengingatkan bahawa semua peserta kursus seharusnya jangan merasakan selesa dan berpuas hati dengan kejayaan yang kita perolehi pada hari ini. Sebenarnya ianya merupakan titik permulaan dalam karier kita di Jabatan Penjara ini. Ibarat kata bidalan cina "Perjalanan Seribu Batu, Bermula Dengan Satu Langkah". Justeru itu mereka seharusnya sentiasa bersedia dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi kemahiran tugasan profesion mereka. Tahniah dan syabas kepada semua peserta kursus yang telah berjaya mengikuti modul kursus SMPP dan melalui latihan yang disediakan, Selamat Maju Jaya.
|