| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Bangunan dan Asrama Baru Sekolah Henry Gurney

Telok Mas, 30 Oktober 2009 ? Perasmian bangunan dan asrama baru Sekolah Henry Gurney (SHG), Telok Mas, Melaka telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Bin Yaakob.



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bangunan baru SHG mempunyai rekabentuk moden dan menarik. Beliau mengesyorkan ia dijadikan sebagai pusat pembelajaran bagi semua pesalah juvana bersesuaian dengan namanya sebagai 'sekolah'.



"Penghuni yang berjaya dari sekolah berkenaan, boleh melanjutkan pengajian mereka di IPT yang terdapat di negeri ini", katanya.Dalam ucapannya beliau turut mengemukakan pandangan supaya Jabatan Penjara sentiasa mengkaji kesesuaian bentuk pemulihan, bagi memastikan keberkesanan terhadap bekas penghuni yang dibebaskan.

Hadir menyaksikan majlis itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk wira Abu Seman Yusop; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh; Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Mas, Datuk Latiff Tamby Chik dan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemuliharaan Projek, Datuk Abdul Ghafar Atan.