| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Melangkah Ke Hadapan...Memorandum Perjanjian(MoU) Antara Universiti Utara Malaysia (UUM) Dengan Jabatan Penjara Malaysia Bagi Program Sijil Eksekutif Amalan Koreksional

Pada 25 Oktober 2009 bertempat di Dewan Sri Angsana, Hotel EDC- UUM telah berlangsung majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) diantara Universiti Utara Malaysia yang diwakili oleh Naib Canselor Y.Bhg.Tan Sri Nordin Kardi dengan Jabatan Penjara Malaysia yang wakili oleh Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Dengan termeterainya perjanjian ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) diberi kepercayaan menyediakan Program Psikologi dan Kaunseling dari College of Arts and Sciences (UUM CAS) bagi melaksanakan program Sijil Amalan Koreksional yang akan membantu jabatan penjara menerokai bidang ilmu yang berkaitan dengan bidang pemulihan.



Program Sijil Eksekutif Amalan Koreksional ini, yang telah dimulakan sesi pembelajarannya pada 11 Oktober 2009 di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi akan menjadi satu lagi wadah kepada pegawai kanan penjara untuk bergerak bersama-sama dan beriltizam untuk memulihkan pesalah dan menjadikan Jabatan Penjara Malaysia sebuah institusi koreksional yang ulung.