| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Menyerah Depot Tahanan PATI Semenyih

KAJANG 15 Jan. - KPJ Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) telah menghadiri Majlis Serah Menyerah Depot Tahanan PATI Semenyih sebagai wakil pengurusan tertinggi Jabatan Penjara Malaysia bagi majlis serah menyerah ini. Dengan penyerahan ini, maka dengan rasminya Depot Tahanan PATI Semenyih ini diserah semula kepada Jabatan Imegresen selepas lebih kurang 3 tahun 8 bulan, iaitu bermula pada 20 Mei 2004 ianya di bawah pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia.

Penyerahan ini dilakukan secara berperingkat di seluruh negara sehingga bulan Mac 2008 ini. Pada waktu yang sama juga, di Pekan Nenas Johor, majlis yang sama juga turut berlangsung bagi penyerah Depot Tahanan PATI Pekan Nenas antara Komandan Depot dengan Pengarah Imigresen Negeri Johor.

Sudah pasti dengan penyerahan semula depot-depot tahanan PATI kepada Jabatan Imegresen akan memberikan peluang dan ruang masa kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelaksanaan sistem parol iaitu satu sistem dan kefungsian baru Jabatan Penjara Malaysia yang dijangkakan mula dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Majlis menandatangani nota serahan
 
Majlis penyerahan antara Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan)
dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen.
 
Upacara menurunkan bendera Jabatan Penjara Malaysia.
 
Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis tersebut.