Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara (STPP) dan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (SMPP) Siri 2/2007 telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Maktab Penjara Malaysia, Kajang pada 24 hb. Januari 2008. Seramai 64 Pegawai Kanan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya di mana 17 pegawai berpangkat Timbalan Penguasa Penjara dan 47 pegawai berpangkat Inspektor Penjara. Tahniah dan syabas kepada semua peserta kursus yang telah berjaya mengikuti modul kursus STPP dan SMPP dan melalui latihan yang disediakan. Pasukan Perbarisan Tamat Latihan Y. Bhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof menerima tabik hormat Pemeriksaan Pasukan Perbarisan Perbarisan Berjalan Lalu Lintas Hormat Penerima Piala Pusingan dan Piala Iringan Y. Bhg. Tan Sri KSU bertanyakan sesuatu kepada peserta kursus |