Lenggeng 29 Jan.- Majlis penyerahan Depot Tahanan PATI Lenggeng telah disempurnakan dengan kehadiran PKP Supri bin Hashim mewakili Jabatan Penjara Malaysia dan Y. Bhg. Dato' Ishak bin Mohamad, mewakili Jabatan Imigresen Malaysia. Dalam ucapan aluan PKP Supri mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai penjara yang bertugas dengan cemerlang sepanjang tempoh 3 tahun depot berada di bawah pengurusan Jabatan Penjara Malaysia. Kejadian-kejadian yang tidak diingini berjaya dikekang dengan dedikasi dan kesungguhan para pegawai dalam menjalankan tugas sepanjang tempoh tersebut. Beliau menyeru kepada semua kakitangan yang hadir agar semangat kerja sebegini diteruskan dari masa ke semasa. Dalam ucapan balas Y.Bhg. Dato' Ishak Mohamad, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang telah membangunkan infrastruktur depot seperti ruang pejabat yang baru, penambahbaikan blok tahanan , rumah kakitangan dan menceriakan kawasan persekitaran depot berbanding sebelum depot diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Beliau berharap agar kerjasama di antara dua jabatan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Majlis menandatangani serah terima tugas telah dilakukan di antara PP Ahmad Saidi bin Hamzah, Komandan Depot Tahanan PATI Lenggeng dan En. Annuar bin Abd. Majid yang akan menjalankan tugas sebagai Komandan Depot yang baru mulai hari ini.
|